Cinta
Mereka yg merasai nikmat cinta pasti sentiasa hidup dalam keceriaan.tapi buat mereka yg terluka kerana cinta, pasti hidup dalam kepedihan setiap masa.
Aku pernah menyayangi seorang lelaki ..seluruh hatiku, aku serahkan padanya. Namun, begitu mudah dia mengingkari janji setia kami.begitu mudah dia berpaling pada gadis lain. Aku terluka, benar-benar terluka. Luka itu amat dalam hingga mampu mengunci seluruh pintu hatiku.Dan luka itu masih tinggal parutnya. Kerana itulah aku mengunci hatiku seeratnya agar tada sesiapapun mampu menembusinya.
Mereka yang mengenaliku sebagai yani pasti tidak percaya bahawa aku pernah dilukai seteruk itu. Mereka juga pasti tidak percaya, kerana mereka aku ‘hidup’ semula. Aku bangkit dengan nama Yanie. Minatku pada penulisan membuatkan aku lupa pada kisah lalu. Tapi, kesepian hati ini sering membuatkan aku rindu. Rindu pada dia..
Aku cuba untuk melupakan dia. Aku cuba untuk mencari teman. Tapi dah berkali aku jumpa dan berkenalan dengan lelaki. Entah kenapa aku masih tak dapat merasakan perasaan yang sama seperti dengannya.
Aku pernah bercouple 2-3 kali. Tapi semua pun tak Berjaya. Mungkin sebab aku tak mampu nak melafazkan kata cinta itu. Membuatkan mereka fikir aku hanya mempermainkan mereka. Bukan aku tak cuba. Tapi hati aku tak ada perasaan itu. Maka mulut aku tak terluah kata-kata itu. Tapi sebab yang pasti belum ada jodoh aku dengan mereka..huhu..
Sekarang ni aku decide tak ada lelaki lagi dalam hidupku sebagai kekasih. Siapa datang pinang aku nanti aku akan pertimbangkan. Dan lelaki itu akan menjadi suami aku, kekasihku, kawanku dan musuhku juga.sesungguhnya aku berserah je pada ALLAH s.w.t kerana Dia lebih mengetahui akan segalanya.
No comments:
Post a Comment