SAYANG
nampak mudah kan...tapi pernah x kita faham betol2 ape maksud sayang tu yang sebenarnya.ia adalah 1 perkataan yang susah nak digambarkan dengan kata2..ia adalah 1 sifat semulajadi manusia bila seseorang itu sudah mencapai tahap baligh..hehe..okla kita balik pada maksud SAYANG ni tadi..di sini saya akan terangkan contoh-contoh bagaimana perasaan sayang itu wujud dan kepada siapa yang patut kita sayangi.
Pertama sekali rasa sayang kita kepada ALLAH s.w.t..Dia adalah yang paling utama yang wajib kita sayang.TanpaNya kita x akan mengenal erti kehidupan..erti agamanya sendiri..dan kebesaranNya yang Maha menguasai sekalian alam di bumi ini..Bagaimana kita nak tunjukkan rasa kasih sayang itu?Sebagai umatNYa kita sepatutnya sentiasa merendah diri..menjaga amalan dan tingkah laku kita..mengikut apa yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang..tapi adakah kita sentiasa ikot dan begitu yakin bahawa kita xpernah melakukan kesilapan dalam hidup kita..kadang- kadang kita sendiri lalai dalam tanggungjawab kita dalam melaksanakan suruhanNya..perkara yang mudahnya adalah solat..siapa yang x pernah walau sekalipun dalam hidup dia telah meninggalkan solat..kadang-kadang kita sendiri terlupa kerana sibuk mengejar duniawi.Bertaubatlah sebelum terlambat.insaflah sesungguhnya Allah s.w.t Maha Pengasih, Maha Penyayang..Sebagai manusia bukan kita yang patot menghukum diri kita sendiri.Semoga kita dapat jumpa perasaan sayang itu.
Keduanya pula adalah sayang dan kasih kita kepada Rasul ..penyampai Wahyu kita..Yang membawa kita mengenal Al-Quran.Kitab suci kita sebagai umat Islam. Sungguh besar jasa dan pengorbanannya..macam mana kita nak tunjukkan saying kita pada Rasulullah itu? Hargailah dan bersyukur atas kurnianNya..
Seterusnya adalah kedua orang tua kita, iatu mak dan ayah kita..orang yang selama ni melahir dan membesarkan kita dari dalam perut ibu..membesarkan kita dari sebesar telapak tangan orang dewasa, mendidik dan memberi ilmu kepada kita, mencari rezeki siang dan malam agar kita dapat mengisi perut. Memenuhi keperluan dan kehendak kita. Bila kita telah meningkat dewasa, kita tunjukkan sikap protes kita, memberontak..biasalah darah muda kan..tengah panas. Kita x pernah pikir kadang-kadang kita sendiri x sedar apa yang kita ucapkan telah buat mereka kecik hati dengan perangai kita..walaupun mereka x pernah mengadu atas kekasaran kita, x pernah mengungkit jasa mereka membesarkan kita.tapi kita terlupa satu perkara..kita da buat mereka menangis..itu kesalahan kita. Sesungguhnya mereka lah insan yang besar pengorbananya kepada kita sebagai anak.Bila kita sudah bekerjaya jangan kita lupa tanggungjawab kita mepada mereka pula. Banyak cara kita boleh tunjukkan perasaan sayang kita kepada mereka. Saya rasa kamu sendiri sudah tahu apa yang perlu kamu buat kan.
Baiklah yang seterusnya baru lah sayang kepada kekasih atau suami/isteri.rasanya x perlulah saya bercerita banyak mengenai perkara ni.kamu sendiri sudah tentu mempunyai pengalaman sendiri mengenai mencintai pasanagan kamu..saya akan terangkanlah serba sedikit bagaimana saying kepada kekasih atau suami/isteri itu wujud.ia adalah suatu perasaan ibarat macam kita ni da terkena arus elektrik bila pertama kali kita jatuh saying kepada mereka. Ia adalah satu perasaan halus yang memang x dapat digambarkan.pertama kali kita jatuh cinta kita rasa begitu indah, gembira dan kita x ingin kehilangannya dan kita mahu hanya dia yang sudi menemankan kita ketika susah dan senang..tempat berkongsi masalah,
Adat berkasih sayang ni ada jugak pasang surutnya. Ibarat macam gula yang dijual kat kedai..sebab itu barang keperluan.semua orang nak. ada bermacam-macam jenis gula di pasaran. Ada gula pasir, gula halus,haha dan ada yang mahal ada yang murah.gula ni memang manis. Kalau kita x kawalnya da tentu akibatnya kita kena kencing manis kan. Macam tu la jugak cinta dan sayang manis bila kita rasa bahagia dan sakitnya bila kita kecewa cinta.kadang-kadang kita jadi ego, kita terpaksa jadi hipokrit . kita membuat mudah keputusan terburu-buru tanpa ada perbincangan.x ada persefahaman..kerana nafsu marah kita lebih mengatasi segalanya. Untuk mendapatkan keharmonian kita sepatutnya sentiasa mempercayai satu sama lain.berbincang jika ada masalah..sebab tiada sikap kepercayaan dan perbincangan lah wujudnya ketegangan.kita x sepatunya lari dari masalah. Kerana itu hanya akan membuat diri dan jiwa kita sendiri yang terseksa..dan sanggupkah kita juga melihat orang yang kita sayang terluka kerana kita? Kerana demi mempertahankan ego kita dan kita sendiri x bertanya pada diri kita apa kesalahan kita? Saling menyalahkan diri masing2? Kamu pikir lah sebaiknya.
Sebenarnya rasa sayang inilah yang patut kita kawal, kita batasi adat dan pergaulan terutamanya bagi pasangan yang belum berkahwin..itu amat merbahaya yang kita perlu berhati-hati agar x terjerumus dengan perbuatan zina dan yang ditegah keras oleh Allah s.w.t. sesengah orang bila nafsu menguasai dirinya akan terjadilah perkara yang x sepatutunya berlaku..bila da terjadi menyesal x sudah..ada jugak yang cinta gila..sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa demi sayang dan cinta kepada pasanagan..ini adalah satu tindakan yang amat bodoh! Terlalu taksub dengan cinta. Padah kepada sesiapa yang menjadi mangsanya. Kita jika berpegang teguh pada agamanya dan tentu kita bijak menilai yang mana baik dan yang mana buruk.
Yang terakhir pula adalah rasa sayang kita kepada sahabat. Sahabat ni adlah seorang kawan yang kita anggap seperti saudara kita sendiri. Baik buruknya kita, kesukaan, minat yang dikongsikan bersama, tempat kita meluahkan perasaan dan semestinya orang yang kita percayai selain ibu bapa kita. Seorang sahabat sejati memang sukar dicari tetapi senag dilupakan .
Plez be alert when u decide something..peluang just datang sekali je so hargailah peluang yang ada.Kita renung2kanlah
Kadang-kala orang yang menyayangimu adalah orang yang x pernah mengatakan sayang dan cinta padamukerana orang itu takot kamu akan berpaling dan menjauhinya dan bila satu masa nanti bila dia hilang dari pandanganmu kamu akan menyedaridia adalah cinta yang x pernah kamu sedari.
Insan yang kita sayang,masa kita bersamanya
Dialah orang yang paling membahagiakan
Dia sanggup lakukan apa saja untuk kita
Dan kadangkala menjadi tulang belakang dia
Harapan dia untuk dia lakukan semua tu sehingga dia berkorban kerana kita
Tapi bila takdir menentukan perpisahan yang berlaku
Adakah semua yang dia lakukan akan hilang begitu saja?
Adakah dia kan melakukan apa saja un tuk melupakan kita?
Adakah dia akan berubah bila kita x ada?
Adakah dia akan menjadi sebaliknya kerana kita x ada?
Setiap kemarahan yang terpancul
Setiap herdik yang timbul
Setiap garangnya kata-kata
Setiap bengisnya suara
Percayalah itu sayang sebenarnya.