Friday, December 31, 2010

BAGI YG PUTUS CINTA

aku sangat faham perasaan cinta dan sayang itu memang sukar dihakis. oleh itu, janganlah layan sangat perasaan sayang tu dan belajar untuk menyayangi diri kawan2 pula. percayalah, kadang2 apabila kawan2 kuat, tabah, dan berbuat baik sahaja pada dia serta meredhakan perasaan kawan2 itu dikecewakan oleh dia atas kerelaan ujian itu datangnya dari tuhan, pasti dia akan memberi persepsi positif tentang kawan2. mungkin dia akan rasa kagum walaupun dia tidak zahirkan melalui percakapan. dan suatu masa yang ditetapkan Tuhan, pasti dia akan menyesal kerana menyingkirkan kawan2 dalam hidup dia- mengingatkan kembali perkara2 yang kawan2 pernah buat demi membuat dia bahagia.

tunjang kehidupan yang bahagia sebenarnya adalah pemikiran yang positif dan pengawalan diri yang sempurna dalam menangani masalah atau kesedihan. tunggu sahajalah lelaki lain datang pada kawan2, yang bersedia untuk benar2 mambahagiakan kawan2. bebaskan diri kawan2 sekarang dari kepompong yang memakan diri kawan2. bebaskan!

No comments:

Post a Comment