Thursday, July 28, 2011

PESANAN BUAT SAHABATKU

Sahabat,,
Aku dan kau telah ditakdirkan bertemu..
Biarpun kita sebelum ini tidak mengenali antara satu sama lain..
Namun kerana anugerah pertemuan ini..
Kita saling memahami…mendalami..
Biarpun kadang2 ada masanya kita bersedih..
Ada masanya kita boleh ketawa..
Dan inilah jua pahit mnis yang harus kita lalui bersama..
Semakin kita menempuh kedewasaan ini..

Kata orang..berhati2 memilih sahabat..
Kerana mungkin sahabat terdekat adalah musuh paling ketat..
Mungkin juga sahabat yang dibenci  adalah sahabat paling memahami..
Memang benar wahai shabatku..
Manusia itu x ada yang sempurna..
X boleh memiliki segalanya..
Biarlah kita terima seadanya..
Walau siapa jua yang mendampingi kita..

Sahabat..dalam meniti perjalanan ini
Yang buruk kita jauhi..
Yang baik kita jadikan inspirasi..
Kerana dilahrkan insan itu..
Untuk saling melengkapi..
Kiranya diri ini pernah mengguris hati kecilmu..
Ampun maaf kupinta darimu..
Bukan bermaksud aku tidak menghargaimu..
Kerana aku juga insan sepertimu..
Yang sering dihambat bisikan nafsu marah..
Dan godaan yang tidak putus2 untuk menghancurkan persahabatan ini..
Tapi aku percaya ikatan ini tidak akan terputus..
Jika kita saling mempercayai
Kerana itulah nilai persahabatan..

Sahabat,
Janganlah kau lupa..
Pesan orang tua..
Makna persahabatan di dunia ini..
Sahabat,
Jika 1 hari nanti..
Aku sudah tiada..
Ziarahilah pusaraku..
Biarpun kita x dapat berjumpa..




Memori tercipta kita abadikan selamanya..

No comments:

Post a Comment