Monday, July 4, 2011

iN mY MeMorY...miss u

3 Julai 2011                          10.24pm
Malam ni aku x dapat melelapkan mata..selalunya time2 macam ni aku dah tido.entah kenapa malam ni aku terasa sebak sangat…sayu je hati bila aku teringatkan kawan baik aku dulu.dari ketika aku mula2 kenal dengan dia sejak zaman kolej dulu sehinggalah sekarang walaupun sekarang dah hampir 5 bulan kami langsung x bertegur..semuanya disebabkan mempertahankan ego sendiri..saling menyalahkan antara satu sama lain.dia yang aku maksudkan ialah qina bukan nama sebenar.

First time aku terserempak dengan  dia dulu masa di kolej..waktu tu dia tengah sibuk dengan pendaftaran di kolej..dia junior aku tapi mengambil jurusan perakauan dan aku pula mobile communication. masa tu umur dia bru 18 tahun dan aku 20tahun.kali pertama aku terserempak dia,muka dia mengingatkan aku pada arwah kawan aku dulu ketika di sekolah menegah.kali kedua aku terjumpa dengan qina ni masa aku tengah sibuk mengangkat barang2 aku masa tu budak2 batch aku dikehendaki berpindah asrama di Ampang.malam tu agak lewat dan ketika aku sedang mengangkut barang2 untuk dibawa ke rumah, dia datamg menghulurkan pertolongan.Terima kasih sbb sudi tolong saya time tu. lebihkurang 8 bulan selepas tu kami semua dihendaki berpindah  asrama yang lebih baik disebabkan atas masalah keselamatan di tempat kediaman kami.seterusnya kami berpindah pula ke Taman sri Rampai berhampiran dengan Setapak Jaya.tempatnya memang best..dekat dengan tasik. kemudahan pengangkutan serta tempat membeli belah.
Hal yang paling aku tidak sangka rumah aku berhadapan dengan rumah qina,junior aku tu.sejak dari itu la kami mula beberapa kali terserempak,kadang2 di kedai,di kolej.walaupun tidakk la semesra sangat tapi setakat says hai n salam tu da macam rutin..kami x pernah berbual panjang.sekadar menghormati antara senior dan junior.
Macam mana aku boleh kenal lebih rapat dengan dia?haha masa tu bukan la satu kebetulan.sebenarnya aku dah lama niat ingin kenal dia lebih rapat sebagai kawan.sebab masa tu apa yang terlintas di fikiran aku, aku ikhlas nak berkawan dengan dia bukan sebab wajah dia seiras arwah kawan aku dulu.qina memang menjadi perbualan dan sebutan di kolej aku disebabakn wajah dia yang cantik natural, tinggi ala2 model,senyuman yang mampu membuatkan mana2 lelaki terpikat..aku kagum dengan dia walaupun dia cantik tapi dia x pernah melupakn keluarga dia walaupun dia mempunyai masalh.dia jugak x pernah sombong. Satu hari tu time tu pihak kolej dari batch aku baru saja habiskan aktiviti perkhemahan di PD.kebetulan masa tu cuti seminggu.so ramai diantara kami yang balik ke kampung.semasa di PD aku ada belikan cenderamata. Dan apa yang terlintas di fikiran aku time tu adalh qina.so bila aku di KL,dia tegur aku dulu dan aku sambut salam dia.dia ajak aku kerumah dia.so malam tu aku lepak la di rumah dia,masa tu dia dengan kawan2 dia ada di rumah.aku yang x mudah nak bermesra dan amatlah lah pendiam jadi aku x banyak sangat bercakap.dari yang aku Nampak dia kadang2 seorang yang kelakar jugak,kadang2 kebudakan sikit.pantang dicabar dan pelat bahasa Johor dia yang membuatkan kaang2 aku pun turut terikut2 haha.bermula dari malam tu kami saling bertukar2 nombor handphone.esoknya dia mengikut teman serumahnya pulang ke kampung.hari pertama dia di sana aku kerap mendapat sms dari dia.katanya dia kebosanan dan selalu mengadu dengan aku masalh2 dia.dan perkara aku x boleh lupakan gurauan dia..haha semua tu adalah kenangan terindah aku.hari dia balik ke KL, dia ajak aku keluar makan bersama malam tu.masa tu la aku hadiahkan dia cnderamata yang aku beli semasa kat PD.apa yang aku beli?biarlah rahsia antara aku dengan dia je..hehe.
Sejak dari tu kami mula rapat, kadang2 keluar bersama pergi shopping, makan, ke pasar, ke kedai bawah rumah pun sama2.ada jugak suara2 sumbang di belakang yang aku dengar samada dari kawan2 aku dan kawan2 serumah dia.ada yang elok dan ada yang x sedap didengar tapi aku diamkan aje.seba aku taw mana yang betul n tidak. Paling ketara sekali kawan serumah aku yang dulunya dia memang rapat dengan aku sebelum aku kenal qina ni.kawan serumah aku merajuk dengan aku.memang susah nak menjaga hati semua orang kan tambah2 lagi dengan kawan baik kita sendiri.

Satu hari tu masa aku baru balik dari keluar makan malam dengan qina, masa aku kat rumah dia menghantar sms kat aku yang Berjaya membuatkan hati aku menangis sebak.dia luahkan perasannya kat aku dan katanya dia sakit n x taw berapa lama lagi dia boleh bertahan.jadi dia mintak aku menjadi kakak angkatnya.masa tu hanya Allah saja yang taw perasaan aku.aku berdoa kepada Allah supaya jangan diambil kawan ku ni seperti mana kau ambil kawan aku dulu.berilah dia peluang untukhidup dan berbakti pada orang tua dia.jadi aku terima jadi sejak dari hari tu aku terima dia sebagai adik aku.kemana kami pergi selalu berdua.if ada masalah kami saling berbincang.saling meluahkan masalah masing2.tiap persahabatan puun ada jugak perselisahan fahamnya.ada kalanya kami jugak pernah x bertegur sapa tapi se lalunya tidaklah lama. Dan akulah yang selalu mengalah dengan dia walaupun kadang2 aku taw bukan salah aku.aku terus melayan kerenah dan perangainya yang kadang2 kuat merajuk, bersikap kebudakan sikit ha im sorry dik.but I miss u so much.

Hari ni sudah hampir 6 bulan kita tidak bertegur.walaupun sekarang kita sudah ada kerjaya sendiri.masing2 duk berjauhan tapii aku tetap merindukan saat2 happy kita dulu dik.salah faham yang berlaku bulan februari tahun ni amat mengecewakan aku.disebabkan keegoan kita, dan kau jugak lebih suka berdiam diri dari menyelesaikan masalah membuatkan aku bengang dan terlampau marah masa tu.aku mintak maaf aku x terniat nak buat kau makin bencikan aku.tapi apa yang aku cakapkan dengan kau hari tu adalah luahan perasaan aku yang teramat kecewa dengan perbuatan kau.bukan aku saja yang bengang dengan kau masa tutapi teman lelaki kau jugak.bila teman lelaki kau masa tu marah2 dengan aku aku still bersabar dan sentiasa menyebelahi kau.aku jugak pernah bertekak dengan mail masa tu semata2 demi mempertahankan kau dan demi menjaga hati kau. dah lama aku bersabar dengan semuanya.aku jugak ada hati ada perasaan.selama ni aku da terlalu baynak makan hati dengaan kau.apa yang aku buat selama ni just nak bantu kau.tolong kau.tapi apa yang aku buat aku sedar hanyalah sia2. Aku rasa x dihargai langsung..aku berusaha carikan kaukerja.tapi sampanya hati kau langsung x anggupa rahsiakan kan berita gembir tu bila kau da dapat kerja dari pengetahuan aku.

da hampir 4 tahun kita kenal tapi masih x kenal hati budi masing2.aku still x faham apa yang kau nak sebenarnya.kadang2 aku bersangka buruk dengan kau disebabkan aku terikut dengar kata kawan2 aku yang kau sebeanrnya hanya nak mempergunakan aku.nakkan perhatian serta sebagai alat untuk kau untuk mendapatkan duit semata atau memang betul2 ingin menjadi sahabat baik aku??
.selama ni aku bersabar dengan kerenah kau begitu juagak kau yang terus melayan kerenah aku yang kadang2 agak panas baran.selalau membuat tuduhan dan dengar cakap2 orang tanpa usul periksa.maafkan aku selama ni jika aku gagal menjadi sahabat yang terbaik atau sebagai kakak yang kau harapkan boleh menjaga kau di masa susah dan senang,sedih dan gembira.
Untuk pengetahuan kau, hampir setiap hari aku mengintai FB kau dengan menggunakan nama samaran semata2 ingin mengetahui perkembangan terkini kau.aku terrpaksa membuat begitu sbb kau dah block aku dif b.aku still lagi bersabar.xpe aku faham.tapi masihkah kau akan terus bersikap macam ni.kau akan terus mempertahankan ego kau semata2 atas kesalahan kau sendiri.kenapa kau x berani untuk berhadapan dengan kenyataan.x berani membuat keputusan sendiri,x berani untuk mengakui kesilapan, x berani untuk beertindak menyelesaikan masalh antara kita?dan kenapa kau lebih suka terus melarikan diri dari masalah?seteruk2 aku, aku tidaklah terlalu kejam untuk x memaafkan kau.aku still mengaggap kau sebagai adik aku walaupun hingga hujung nyawa aku.hampir setiap malam aku x dapat tdo sebab kerap mimpikan kau.pasti akan teringatkan kau.gurauan kau.apa saja kenangan kita tetap aku simpan dalam hidup aku.aku sedar aku tidak lah sebaik mana tapi aku luahkan apa yang aku rasa,if aku ada salah pape or ada yang x puas hati eloklah terus terang.maafkan, aku hanya manusia yang lemah tapi aku cuba perbaiki diri kearah yang lebih baik dan menjadi sebaik mungkin.Insyaallah.
Adikku Sakinah,akak x pernah mintak untuk menjadiorang terpenting dalam hidup kamu x mintak selalu ada nama akak dalam doa kamu just akak harap satu hari nanti bila adik dengar nama akak adik akan selalu ingat kenangan2 manis kita rindu sangat2 saaat bersama dengan kamu.tapi kenapa sekarang kamu diam je?xpelah walau di mana pon kamu berada, akak doakn kamu bahagia dunia akhirat

MAAF SEKIRANYA DIRIMU AKU PERNAH LUKAI
MAAF ANDAINYA ADA BICARAKU YANG TELAH MENYEBABKAN HATIMU TERLUKA
MAAF ATAS SEGALA SALAH SILAPKU SELAMA HIDUPKU
ANDAINYA ESOK AKU SUDAH TIADA LAGI DI DUNIA INI
AMPUNILAH SEMUA SALAHKU
ANDAINYA INI CORETAN TERAKHIR DARI AKU
SAMBUTLAH SALAM SALAM PENUH KEMAAFAN DARIKU..

Salam sayang yang sentiasa merindumu dari jauh. Doaku semoga kau sntiasa bahagia.doaku jugak semoga kita akan berjumpa lagi.walaupun hanya sekejap.walaupun hanya sekadar dalam telefon atau sms cukuplah membuat aku tersenyum kembali dan hari2 aku akan terus ceria dengan keletah kau.terima kasih atas semuanya.assalamualaikum.



No comments:

Post a Comment