Thursday, July 28, 2011

kenangan lalu

Izinkan aku berkongsi cerita..Kisah kau & aku..
Sebagai seorang sahabat sejati..
Bermula dari kau & aku masuk ke kolej yang sama..
Aku & kau mula memperkenalkan diri..
Dari situ kita..
Mula kenal & saling berkongsi cerita..
Kita mula menjadi teman yang rapat..
Sehingga ada pihak yang cemburu dengan persahabatan kita..
Kau mula berkata aku adalah sahabat yang paling kau sayang..
Aku merasakan beruntung dipertemukan bersama..
Apabila exam tiba kita sibuk..
Walau bagaimanapun kita sering study bersama..
Tetapi kini tidak lagi seperti dulu..
Pada suatu hari..
Kita tidak bertegur..
Disebabkan salah faham yang berlaku..
Tetapi walau bagaimanapun kau tetap tegur aku..
Dan ketika itu ego aku tinggi..
Akhirnya kau malas nak layan sikap aku..
Kau biarkan persahabatan ini tergantung..
Aku ingin kembali bersahabat dengan kau..
Dan ingin terus kekal seperti dulu..
Tetapi kenapa kau beitu cepat berubah..
Kelihatan seperti tidak lagi ingin berkawan dengan ku..
Ketika itu aku menyesal kerana tidak pernah menghargai persahabatan kita..
Aku sedih sangat..aku mula bekata ..
Bodohnya aku kerana tidak menghargai kau sebagai sahabat..
Aku teringin sangat lihat kau senyum dengan aku seperti dahulu..
Tetapi kau selalu pandang aku dengan kebencian..
Aku redha walaupun jika ini semua bukan salahku..
Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang jadi ni..
Da aku pernah bercakap dengan kau..
Sekali berkawan..kawanlah selamanya..
Janganlah biarkan ia terputus..
Dan Tuhan hanya ingin menguji kesetiaan & kejujuran kita..
Selain itu Tuhan juga telah berkata..
Setiap yang ada akan hilang..
Setiap yang elok pasti akan rosak..
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..
Ya Allah ampunkan aku..
Aku telah mengabaikan anugerah yang telah kau beri..
Aku buta untuk menilai kau sahabat..
Maafkan aku sahabat..
Ikhlas dari temanmu..
Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.




No comments:

Post a Comment